Pages

KeCintAAn KpD ALLAH meLingKuPi hati,KeCinTaaN inI MembimbIng HaTi Dan BahKan MenaMbaH Ke seGaLa HaL

kupu-kupu

Photobucket

Friday 6 May 2011

Sebuah PenYesaLan

 Segala puji bagi Allah SWT dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Ketika coretan ini ditulis,ana sedang berada jauh nun disana yg tiada siapa tahu kemana menghilang..mencari sebuah ketenangan ,kedamaian dan membersihkan hati serta mencari sebuah sinar kehidupan dan keampunan dariNya..Dalam segala dilema yang telah menghantui diri ini , ana ingin mengagahkan diri dalam warkah yang tak seberapa ini, membangkitkan semangat dan jati diri agar dapat meneruskan kehidupan yang fana ini...kerna sukar mendapat permata yang bersinar.

Kehidupan kita sebagai khalifah didunia ini tidak lengkap dengan ujian & cubaan yg datang dgn bertubi2 hingga kita terduduk menanggis dan menagih simpati KEPADA SESEORANG yang belum tentu menjadi milik kita,bahkan terlalu sayang n mahu ingin memilikinya kita sanggup mengadaikan maruah dan kehormatan diri kita untuk mendapatkannya.

Tidakkah kita sedar bahawa sesungguhnya kita hanyalah insan biasa dalam melayari lautan yang bergelora.. " Orang yang sentiasa beriman,hati mereka tenang kerana sering mengingati Allah SWT kerna hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang (Surah Ar - Rad :28 ).

"Apakah manusia mengira , ia akan dibiarkan sahaja,mengatakan kami telah beriman,sedangkan mereka belum diuji" ?( Surah Al-Ankabut :2 ).Dalam mencari sinar yang kian menjauh kita seharusnya melangkah dengan yakin agar segala perbuatan yang memungkinkan kita terjatuh sekali lagi dalam lumpur yang sama tidak terjadi kembali.

p/s dariku :-


*Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku -  ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.
*Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

No comments:

Post a Comment