Pages

KeCintAAn KpD ALLAH meLingKuPi hati,KeCinTaaN inI MembimbIng HaTi Dan BahKan MenaMbaH Ke seGaLa HaL

kupu-kupu

Photobucket

Monday 15 August 2011

Daging Rendang Dengdeng Pekan

Resipi nie dapat dari Orang Pekan...TQ buat Rosmanisah ,sebab dia org pekan dr dialah dapat resipi nie..so daging rendang dengdeng nie khas utk member yg kgnya di Pekan...

Bahan-bahan
Daging - fizah suka guna daging batang pinang sebab x liat.
kicap kipas udang
Bawang Besar
Lada Kering
Minyak masak
Gula melaka atau gula kabung

*Bahan2 tadi mengikut sukatan sebanyak mana kuantiti daging.

Cara Penyediaan ;-
*Mula2 rebus daging sampai abis air..tapi kalo guna daging batang pinang tak payah rebus , potong daging ikut bentuk yg disukai,perap dengan kicap manis kipas udang, kemudian perapkan dia dan goreng.

*Lada kering direbus & diblender bersama bawang besar.
*Tumiskan bahan2 yg diblender dengan minyak sedikit sahaja sampai garing,kemudian masukkan gula kabung@gula merah ,ditambah kicap kipas udang dan masukkan daging yg telah digoreng tadi.
*Letakkan garam mengikut rase tapi fizah letak sikit jer utk tambah rase jer,xpayah pun xper..





Kacang Panjang Goreng Belacan

Disebabkan ada kacang panjang kita masak kacang panjang goreng belacan..nak tunjuk cara atau bahan tak rasenya semua tau kot..tak perlahh..kadang kita lupa gak kan..so inilah resipi paling simple fizah buat..tak banyak bahan tapi sedapp..ehheeh..sorrylahh kebanyakkan gambar dlm blog nie xberapa memuaskan almaklumlah pakai kamera phone jer...camera canggih ada tapi malas nk buka bekas lagipun berat sangat..nk setting ag..ikutkan rugi jer ada kamera mahal2 sampai rm2000 harganyer last2 pakai phone gak..ahahhaha

Bahan A
Kacang panjang -potong 2cm atau ikut selera nk potong tegak atau sengget
200gm ikan bilis - agak2 jer ( digoreng)
2 sudu minyak masak..
garam dan gula secukup rase

Bahan B - ditumbuk
2biji cili merah
10 biji cili padi-kurangkan kalo xsuka pedas k.
1 incbelacan
1 ulas bawang putih
3biji bawang merah

Mari kita Memasak plak :-
* Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg ditumbuk hingga harum. Masukkan kacang panjang dan gaul rata. Isikan garam tapi fizah tak letak garam pun sebab ikan bilis n belacan tadi dah masin..kuarngkan masin dlm makanan..ehehehe..Tutup api dan masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi..jgn lama sangat masak bila dah masukkan sayur nanti hilang zatnya...




Sardin Masak Asam Pedas ala Bunga Kantan

Aduyai..hari nie badan tak beberapa sihat plak, dahlah hujan plak nie..nak g pasar ramadhan malas hujan2 nie..mari kita tgk ada bahan apa..sardin...ermm kacang panjang...ahhaaaa..apa kata kita masak sardin masak asam pedas bunga kantan..ehehhe..kul 5.30 ptg...sempat tak nie...tidakkkk!!!so apa lagi jom jom turun dapur..masak yg paling ringkas...

Bahan-bahannya;-

1tin sardin dalam tin-ditoskan kuahnya..tapi kalo nk taruh kuah dia boleh jer jgn byk ngat yer.
1 kuntum bunga pandan - dibelah 2
1/2 biji tomato - potong 2 atau 3 ikut suka jer
sebatang serai - dititik
1/2cawan air asam jawa..
garam & gula secukup rasa

Bahan-perlu dikisar(blender)
1sudu cili kering(cili boh)atau dalam 10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3ulas bawang putih
1 inc kunyit hidup ( guna serbuk kunyit pun ok tapi sikit jer tau)
1 inc halia.

Cara Penyediaan
* Panaskan minyak dlm periuk atau kuali tapi fizah suka pakai kuali senang nk kode..opssss senang nk kacau. pastu tumiskan bahan yg dikisar hingga harum dan pecah minyak. masukkan serai dan air asam jawa dan renehkan sehingga mendidih.Masukkan bunga kantan dan tomato.Isi garam n gula secukup rase.Akhir sekali masukkan sardin tadi dan biardidih..dan tutup api terus jgn lama sgt takut tomato lembik..dahhh siap....



Oh yer..inilah..juadah berbuka puasa utk harinie..siap buat air ice blended lagi sementara tunggu waktu berbuka puasa..dr kul 5.30 ptg - 7.00mlm..siap juadah..

* utk buat Ice blended honey dew senang jer..beli Serbuk Yoghurtea Ice Blended powder (masukan 1paket kecil shj),1 sudu gula,air sikit sahaja (jgn banyak nanti jadi air plak) dan ais batu yg ketul2 kecil..blender sehingga jadi ice blended...


Monday 8 August 2011

Ketam masak Gulai ala Rompin

Bahan-bahan ( utk 2 orang jer )

1) Santan-pati santan Rm 2.OO
2) Air
3) Lada/cili padi ( 6biji -ikut nk pedas ker tak )
4)Garam
5)Ketam
6) Serai ( 2batang )
7)Kunyit

Cara penyediaan :-
*mula2 tumbuk lada,kunyit dan serai tue tumbuk sikit.
*Masukkan santan,air ,garam(agak2 ler jgn byk sgt nanti x lemak),pastue masak atas api..kacau sokmo takut berketul,jaga api jgn terlalu kuat..bila dah naik bau n mgelegak..masukkn ketam...trenggg tenggg bila ketam dah masak...siappppp!!!!senang jer kannn...bagi sesiapa yg tak tau masak gulai lerr...nielahh gulai palaing ringkas,mudah,cepat n sedappp!!!nyamm nyamm...


Ikan Asam pedas ala Melaka

Ermmm..ari nie tak tau nak masak apa utk berbuka...teringin plak nk makan asam pedas..ehehe..bahan2 nyer ringkas jer,..bak kata orang cepat,mudah dan sedap..resipi aku buat ler..ubah sikit2 jer..ahahha..sapa nk try buat cubalahh..huhuuuu...

Bahan-bahan ( utk 2 orang )

 1) Belacan - sedikit sahaja
 2)Bawang Besar
 3)Halia
 4)Bawang putih
 5)Serai - ditumbuk sedikit ( 2 batang jer )
 6)Daun Kelsum ( 3batang )
 7)Tomato ( sebiji yg kecik jer )
 8)Kacang Bendi ( 5 batang )
 9)Air
 10)Minyak Masak- sedikit jer
  11)Garam - secukup rasa
  12)Serbuk secukup rasa
  13)ikan ( cth tenggiri,atau bawal )
*Bahan2 tadi mengikut byk mana ikan atau kuantiti...agak2jer sesedap hati..kuang kuangg...

Cara Penyediaan :-

* Mula2 blender bawang besar,bawang putih,tumbuk halia,tumbuk sikit serai dan belacan sedikit.
*tumiskan bahan2 yg diblender & ditumbuk tadi sehingga naik bau,kemudian letak ikan,apabila empuk dan masak letakkan air sehingga ikan seakan tenggelam dan letakn daun kelsum,kacang bendi ,sedikit garam sesedap rasa,serbuk perasa secukup rasa dan akhir sekali baru letak tomato...



Sambal Hitam




  Bahan yg digunakan.( utk 2 orang )

1) 5 atau 6 biji lada/cili padi
2)ikan Bilis
3)minyak masak
4)Bawang Kecil - 3ulas
5)Bawang Putih - 1 ulas
6)Belimbing besi/buluh telah di rebus sehingga kering sehingga menjadi hitam.
7)Garam

Cara-cara penyediaan 

* Tumbuk lada,ikan bilis,bawang kecil,bawang putih dan belimbing tadi dan letak sedikit garam.
* Kemudian tumis bahan-bahan yg telah ditumbuk tadi dgn hanya sedikit minyak sahaja sehingga   kering.
Hasilnya..boleh tahan sehingga 3-4hari..sesuai utk buka pose n bsahur..slmt mcuba!!!

Thursday 4 August 2011

Tak sabar nak Timbang baby..

Ermmm...sorry kengkawan lama x up date blog nie..almaklumlah tgh mengandung anak no.2 nie..xsangka plak aku mengandung ingatkan dah takde dah tadi..almaklumlah hampir 6 tahun tak mengandung macam2 benda yg terjadi dan banyak benda nk selesaikan dalam hidup ini..Alhamdulilahh ada rezeki...Sekarang nie nak masuk 4bulan dah..perut pun dah buncit..ahaksss..but still solid and comel cuma perut jer buncit..kot aku kalo prenant tak macam org lain kembang berlaka..so cute miut lagi laa..ahahahaa  perasannnn!!!Semalam rayau2 dalam laman web jumpa arr web permatahati..wow tgk senarai keperluan banyak lagi yg tak beli...ngeee...pastue orderlah secara online..ermmm...melayang gak RM 300...itu baru skit..

Senarai ni kalo kengkawan yg prenant nk tgk atau ikut bolehlah..kiranya berdasarkn pgalaman anak pertama..ehheeee..:-

* Untuk Ibu * ke hospital
1 Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2 Kad Pengenalan
3 Telefon Bimbit
4 Baju/Blouses 5
5 Stokin 2
6 Kain Batik 3
7 Baju/Seluar Dalam 5
8 Skaf Kepala/Ki 2
9 Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10 Majalah/Buku
11 Tuala Mandi
12 Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
13 Tuala Muka 1
14 Selipar 1
15 Kamera
16 Air/Minyak Selusuh
17 Minyak Angin
18 Air Zam Zam
19 Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
20 Termos Air Panas
21 Bag Plastik
22 Baju Sejuk (Sweater) 1
23 Sikat 1
24 Breast Pad 4
25 Nursing Bra 4

* Untuk Bayi *

1 Baby Diapers 6
2 Baju 3
3 Minyak Telon 1
4 Baby Wipes/Wet Tissue
5 Tuala Mandi 1
6 Stokin/Sarung Tangan Bayi 4
7 Peralatan Mandi
8 Selimut/Bedung 3
9 Barut 5
10 Topi 1

Berpantang (Untuk Ibu) 
1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)

Baby Gear ?
1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi


Diapering Bilangan 
1 Napkin 1 pek
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming 
1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihakhospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls


Nursering 
1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding 
1 Botol saiz S 2
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos

Travelling 
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier

Bathing 
1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

Extra 
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 N ursing Clothes / Wear



Waduh waduh...bila tengok pada senarai keperluan ...uish...banyaknyaaaa yg belum beli.....yang bestnya, time menaip nih...baby tomei dalam peyut nih pun duk meliuk² menendang...seolah² nak suruh   gi menyopping barang² untuk dia je ye...hihihi.... ^_ ^


Wednesday 8 June 2011

Pengisian Jiwa



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……


Thursday 2 June 2011

PEMERHATI SUNYI


Dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan. Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian. Putaran kehidupan, pasti meletihkan. Ditambah pula kadangkala oleh sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. Ketika itu segalanya hambar dan tawar.
Jika itu yang sedang terjadi pada diri kita kini, jangan dibiarkan berlarutan. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan sendiri. Kita tidak mampu mengubah apa yang di luar diri tetapi kita boleh mengubah diri. Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana? Apalagi kalau bukan dengan solat dan zikir. Siti Fatimah yang mengadu keletihan dalam menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar yang diberikan oleh ayahandanya Rasulullah saw.
Pemikiran Siti Fatimah dilapangkan dengan didikan untuk mencintai akhirat melebihi dunia. Lalu dengan ’tauhidic mindset’ itulah terasa olehnya betapa kecilnya penderitaan dunia berbanding penderitaan akhirat. Justeru, dia rela menerima kesusahan dunia yang sedikit dan sementara demi mengenangkan nikmat akhirat yang lebih baik dan selama-lamanya. Emosinya jadi tenteram ketika kesepian, oleh rasa hatinya yang sentiasa merasai ada Allah yang sentiasa memerhatikannya. Begitulah perasaan orang yang hampir dengan Allah. Imam Ghazali pernah menulikan, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”  
Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk)  akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.
Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang di depan mata dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang  baru. Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. Orang lama ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.
Lalu wujudlah apa yang dinamakan ‘teman tapi mesra’. Suami orang dan isteri orang berhubung dengan mesra. Ini hakikatnya satu lagi ‘produk’ hubungan mungkar tajaan syaitan untuk menipu manusia. Kononnya, keduanya tetap menjaga perkahwinan masing-masing, tetapi mereka akan bersahabat dengan bertemu, bermesra, berbual dan saling meluah rasa tanpa pengetahuan pasangan mereka. Teman tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina. Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.
Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa siisteri, apabila diketahuinya ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat persaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka. Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan ‘teman tapi mesra’? Apakah  kerana aku sudah jadi ‘suami tapi tidak mesra’ atau ‘isteri tanpa cinta?”
Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya sungguh baik. Bila bersama temannya dialah lelaki paling romnatis atau wanita yang paling beradab. Padahal dengan suami atau isteri di rumah, tutur katanya kasar, sapanya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan air mukanya yang masam dan bungkam. Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak manakala merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah dirampas lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!
Itu kisah suami atau isteri yang berkerja di luar, samada di pejabta kerajaan atau di badan-badan swasta. Mereka punya alasan, ruang dan peluang untuk selingkuh di luar. Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah? Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan era ICT ini segalanya berada di hujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih melalui satu ‘clik’ sahaja pada papan kekunci atau tetikus komputer. Celik IT tetapi buta hati telah menyebabkan lebuh raya siber menjadi medan menjana cinta kayu tiga yang penuh dosa dan laga’ (sia-sia) ini.
Kaldai cinta. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seorang yang bercinta secara membabi-buta. Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, kaldai cinta ini memberi cinta sepenuh dan seluruhnya. Dan akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah, akhlak dan semua orang yang menyayanginya rela dikorban. Bayangkan, berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial dalam internet, samada lewat facebook, twiter atau YM, namun akhirnya menumbuhkan bibit cinta di alam maya dan komitmen yang nyata dalam alam realiti.
Bayangkan bagaimana teganya seorang isteri yang sudah punya beberapa orang anak dan seorang suami rela mengabaikan tanggung jawabnya kerana cintanya yang mendalam kepada seorang lelaki seberang laut yang kononnya sangat memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati. Manakala seorang gadis pula rela meninggalkan ibu-bapa yang menyayanginya kerana mengikut kata kekasih hatinya yang bermata biru atau  yang berkulit hitam. Atau ada pula suami yang sanggup berjaga malam, berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan ‘kekasih’ maya.
Mula-mulanya hanya  berkenalan, kemudian berbual-bual dan akhirnya mula meluahkan masalah hidup masing-masing. Anda mungkin tidak percaya tetapi kenyataanya perkara yang seumpama ini memang sering berlaku. Alasan ‘kaldai cinta’ ini ringkas dan mudah sahaja – “saya kesepian, “suami tidak pandai  melayan perasaan”, “isteri tidak pandai berhias.” Begitulah yang kerap kita dengar. Hairan juga, mereka ini bukan baru sehari dua duduk sebumbung, sudah bertahaun-tahun, sudah beranak pinak, tetapi seolah-olah baru saat itu ternampak segala keaiban dan kecacatan pasangan.
Ironinya, pada diri kekasih mayanya semua nampak sempurna. Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak bunga, diberikan potret gambar (yang tidak dapat dipastikan adakah itu gambar sebenarnya), siisteri yang kesepian itupun cair. Lalu berbalas-balaslah kata cinta dan ayat-ayat ‘ I love you”, “I trust you” dan sebagainya. Waktu dinihari yang sepatutnya siisteri bangun solat tahajud mendoakan anak-anak dan suami telah digunakan secara curi-curi untuk berbual dengan kekasih hati.
Orang di sebelah sana, penuh rencana licik dan strategik. Perlahan-lahan, tahap demi tahap dia menjanjikan habuan. Bermula dengan hadiah, ingin datang melawat, ada wang hadiah yang akan dimasukkan dalam akaun bank kekasih, sehinggalah jemputan datang ke negaranya untuk memulakan hidup baru atau sekadar bercuti dalam jangkamasa tertentu. Mendengar segala janji manis itu apalagi… kaldai cinta inipun melonjak kegembiraan, tidak sedar perangkap sedang menganga untuk menelannya.
Sungguh tragis, apabila kaldai cinta itu akhirnya bertukar menjadi kaldai dadah. Mereka ditipu oleh kekasih mayanya untuk membawa dadah sama masuk ke dalam negara atau keluar negara. Daripada kesepian di rumah sendiri akhirnya mereka menjadi lebih kesepian apabila menjadi penghuni penjara. Ada pula yang maruahnya tergadai, bila mereka dinodai dan gambar-gambar yang mengaibkan itu akhirnya dijadikan bahan ugutan untuk mereka menurut kehendak sendikit dadah bertaraf antarabangsa ini. Cinta yang didamba tidak ditemui, kecelakaan dan bahana baru pula yang dtang menimpa.
Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. Kesepian, kelesuan dan kejemuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hasan Al Banna. Jadi, mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua ‘musuh’ yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa.
Sepatutnya, masa yang terluang digunakan untuk bermacam-macam kegiatan yang bermanfaat. Ramai isteri yang meluangkan masa untuk mempelajari serta mendalami lagi kefasihan membaca Al Quran. Ada yang guat dengan aktiviti-aktiviti pengajian. Manakala sebahagiannya pula sibuk dengan program-program kebajikan. Isteri yang solehah dan suami yang soleh soleh sedang sibuk menyediakan bekalan untuk menempuh jalan pulang, tapi dia pula sibuk mengumpul beban dosa seolah-olah tidak mahu pulang!
Alangkah sia-sianya hidup jika masa banyak dibazirkan melayani dan melayari laman sosial secara marathon ditambah pula aktiviti mungkar memadu cinta dengan lelaki bukan mahram? Alangkah bodohnya isteri atau suami yang bangun di tengah malam, mencuri-curi berbual dengan kekasih mayanya sedangkan ada isteri solehah dan suami yang soleh sedang bermunajat kepada Allah memohon keselamatan seluruh ahli keluarganya dari malapetaka dunia dan akhirat? Sah, dialah kaldai cinta yang tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil. Di mana wajah kita hendak dihadapkan di hadapan Allah di akhirat nanti ketika kita menderhakai suami dan menentang Allah serta RasulNya hanya kerana cinta murahan, khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata?
Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang menegakkannya dalam kehidupan. Menegakkan hukum Allah di dalam rumah tangga akan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Manakala melanggarnya akan mendatangkan kesusahan, penderitaan dan kekacauan jiwa.  Teman tapi mesra dan memiliki kekasih maya adalah dua penyakit jiwa yang sedang melanda rumah tangga umat Islam kini.
Puncanya? Mudah sahaja… jiwa kosong, tujuan hidup tidak jelas. Bagi mereka semua tidak kena. Suami pendiam dikatakan tidak romantik. Isteri peramah dikatakan penyebok. Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong. Benarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Maka begitulah nasib kaldai cinta ini… hidupnya serba tidak kena, serba keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk dituju!