Pages

KeCintAAn KpD ALLAH meLingKuPi hati,KeCinTaaN inI MembimbIng HaTi Dan BahKan MenaMbaH Ke seGaLa HaL

kupu-kupu

Photobucket

Tuesday 18 December 2012

Rentetan Ketika bersalin ke Anak

Anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri. Namun, tidak dinafikan proses kelahiran atau bersalin yang dikatakan sangat memeritkan terutamanya ketika bersalin anak sulung menimbulkan perasaan takut kepada wanita yang akan bergelar seorang ibu. Ramai wanita mengandung dan yang teringin untuk memiliki cahaya mata, berharap agar proses kelahiran tersebut mudah dan cepat. Begitulah kisah diriku....untuk kedua kalinya..

Inilah kali ke 2 aku menghadapi saat yang ngeri yang perlu aku tempoh,...saat melahirkan anak..bagaikan melahirkan anak kali pertama kerna jarak 6 tahun terlalu jauh...Walaupun saiz badan kecik..tapi aku mampu membawa kehulu kehilir membawa bayi ...itulah kekuasaan Allah SWT.Aku sangat bersyukur kerana mengandung buat kali kedua..


Pada tarikh 09 Feb 2012 bermulalah saat itu.Apabila sudah masuk 38 minggu..macam2 perasaan menjelma..sekejap2 merengat,sekejap hilang..bila tiba waktu malam terasa macam nak beranak sahaja..tetapi..hilang pula..aduyai...sehinggalah di pagi yang hening...hajat dihati hendak memeriksa sahaja disebabkan perut terasa begitu bergelora..Tiba di Hospital Temerloh, aku terus meluru di bahagian ruang bersali..disitulah aku menjejak kan kaki..setelah sekian lama    tidak menjejak kan kaki..perasaan sedikit takut kerana situasi disitu begitu menyeramkan...terdengar jeritan ibu2 yang menyerang kesakitan, makin naik bulu romaku...terdengar bunyi tangisan bayi bayi comel...sesekali aku memandang gelagat para doktor dan jururawat yang kelihatan begitu cemas...dihatiku begitu banyak jasa diorang..


Apabila di check oleh doktor , bukaan baru 1cm..ohhh..nmpknyer xlama lagi aku akan bersalin...hati bergitu gembira tetapi dalam pada yang sama takut untuk beranak...aduyai...kemudian aku ditahan di wad bersalin..pengalaman tidur di wad adalah paling aku tidak suka..setiap kali dingangu oleh jururawat yang datang untuk memeriksa perut..dan kadangkala dijenguk oleh doktor - doktor lelaki yang muda..kenapalah doktor lelaki...malu beb tak usah diceritalah..

Tepat pada pukul 12.00 tengah hari aku dipanggil oleh Doktor untuk pemeriksaan ..tujuan untuk masuk ubat supaya mempercepatkan kelahiran..masuk ubat???ohh tidak...satu cara yang aku tak sanggup nak hadapi..terlalu sakit..sakit non stop...mampukah aku...??? Ketika Q aku tiba,apabila baring dikatil...aku sekali lagi dikelilingi oleh para2 doktor yang jika aku kira ada seramai 6 orang lelaki dan seorang jururawat perempuan..mereka kelihatan biaser biaser sahaja..tertapi diraut wajahku..merah padam..kerana mereka memeriksa memeriksa bukaan rahimku...ayat yang aku ingat sampai skg...'' Bukak luas sikit kak, nk masuk tangan nie!!sambil memakai glove..ermmmm hensem jugak mamat nie!!!hehehe..dan lagi aku mengatal!!ahaksss..sekali lagi aku diselup...." ermmmm dah 4cm nie!!terdengar kata2 yang diluahkan oleh para doktor!!ohhh selamat aku tak masuk ubat...fuhhh lega!!!


Kembali dikatil mula terasa perut memulas - mulas...sakit kerap menjelma...Tepat pukul 5.00ptg aku di tolak ke ruang bersalin...saat itu begitu teruja...aku ditemani oleh insan yang kusayangi...terima kasih buatmu...kerana sanggup menghadapi suka duka bersalin bersamaku...Apabila doktor memecahkan air ketuban satu lagi perasaan aku terasa..sakit teramat sangat...ku telan kesakitan itu sikit demi sedikit...begitu sukar!!Bukaan terbuka 6cm..tetapi jururawat melarang aku untuk meneran ...tetapi aku tidak memperdulikan kata- katanya...lantas aku meneran...sekali lagi doktor dan jururawat kelam kabut melihat situasi tersebut...3 - 4 kali aku meneran ...tetapi masih tidak berjaya...segala tenaga dan keringat aku terbuang...situasi ketika itu begitu cemas kerana kepala bayi sudah nampak..tetapi aku sudah tidak berdaya untuk meneruskan pejuangan tersebut...dan aku cuba buat kali terakhir...jika tidak berjaya aku akan di bedah..sekali lagi aku menarik nafas sedalam- mdalamnyer dan berdoa...

Saat itu terasa sesuatu terhembur keluar dari rahimku beserta air ketuban yang menyembur dan terpecik banyak dibaju-baju dan muka para penyambut bayi....fuhhhh!!!aku menarik nafas lega...masa tue...segala kesakitan tidak dirasa apabila terdengar tangisan bayiku...alhamdulillah bayi lelaki seberat 2.94kg..Hilang kesakitan bersalin..kesakitan dijahit ditempuh pula..bagiku..buat lah apa nak buat...aku sudah tidak berdaya  setelah seharian menanggung kesakitan...walaupun dijahit tanpa sebarang vius!! Hatiku...berbunga2 memeluk bayi kelahiranku....itulah dia RAYYAN HAIKAL....yang diberi nama....Terima kasih buat insan yang amat aku sayang...moga kelahiran bayi ini memberi sebuah sinar kebahagian dalam hidupku..dan moga menjadi anak yang soleh....amin


Tambah kapsyen