Pages

KeCintAAn KpD ALLAH meLingKuPi hati,KeCinTaaN inI MembimbIng HaTi Dan BahKan MenaMbaH Ke seGaLa HaL

kupu-kupu

Photobucket

Thursday, 2 June 2011

Sedikit Cahaya untuk Muslimah


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

wahai saudariku... 
Salam penuh kerinduan buat sahabat muslimat yang kusayangi, harap kalian semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Al-Khaliq, dipermudahkan di dalam segala urusan dan dijauhkan daripada azab api neraka ... amin ...
 
Saudariku,
andai kau bersedih kerana dosa-dosamu, ketahuilah bahwa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat. 

Jadikan semua itu sebagai jambatan utk kau menjadi lebih baik dari sebelumnya bukan semakin lemah!.Marilah,hulurkan tanganmu bersamaku untuk kita mengejar cinta Rabb..sungguh! aku tak mau kamu sendirian menyesali dosa-dosa dan mencari jln menuju cahaya sendirian seperti aku dahulu yang pernah ditinggalkan ..  terkapai2 mengutip sisa semangat yg hilang. Krna aku bimbang,kamu tak kuat..krn perubahan itu membutuhkan bimbingan dan dorongan. 
 
Dan Jika kesedihan bertandang, perihatinlah dengan orang yang lemah,kamu akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, kamu akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, kamu akan dihargai. Sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menantimu.Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikuniakan kepada kamu. Ingatlah bahwa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia bisa mendapat segala keinginannya. Ingat saudariku..jgn letakkan dunia di hatimu tetapi letakkanlah ia ditanganmu supaya mudah kau mengawalnya.

Renungkanlah..
Renungkan
wahai saudariku, adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya kamu bersedih?. Berdoalah supaya memperoleh ketenangan dan pemeliharaan.Yakinlah..kamu sebenarnya cukup hebat..hebat jika meninggalkan kesedihan itu dan menggantikannya dgn semangat tuk merubah diri yg jitu dan mantap. Jika dulu dizalimi.. siramilah api kebencian kamu dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepadamu. Ketahuilah, setiap perbuatan akan ada balasannya dari RabbMu,trus mengapa kita yg ingin menghukum?..serahkan semuanya kepada Dia untuk membalasnya. Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya,jangan peduli setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.

Untuk akhirnya, ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersamamu, jadi tidak ada alasan untukmu merasa takut. Tetapi jika kamu memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat  bergantung harap. Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya kamu lebih indah dibanding jambangan bunga.

-Ingatlah
bahwa mencari bahagia itu tidak ubah spt menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tidak terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar lebih dahulu ...




MaafKan aku Yg MeninggalKanmu..




Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawaban,
Kerna jawabannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,

Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.
Yakinlah pada janji Allah!


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata.

Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]
Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,


Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]


Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merusakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.









'FRUST ' dalam BercinTa

 

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.

Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)  Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.  Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

Tuesday, 31 May 2011

Novel: Jika itu TakdiRnYa Part 2



Orang cakap, kalau kita sayang orang itu, kita lepaskan dia dan kalau dia kembali bermakna dia memang jodoh kita tapi kalau dia tak kembali maksudnya dia memang bukan jodoh kita, tapi masalahnya , boleh ke kita lepaskan orang yang kita sayang tue? Sanggup ke kita lepaskan orang yang kita sayang tue kepada orang lain?

"weh, ko termenung lagi! Termenung pula tepi tingkap. Bukan ada lelaki hensem pun kat situ, " bisik Amira kuat di cuping telingaku...

Sergahan Amira membuatkan aku tersedar dari mengingati kenangan dulu, kenangan yang tetap kukuh dalam memori lampau aku...

"Cik Mia , woi mengelamun lagi kau nie! " Ishh!!siapa pula yang panggil aku ni, kacau daun betul..Hishh lantak kaulah..aku nak keluar nie.ucap rakan housemateku..aku hanya menghantar dengan lirikan  mataku...

Air mataku mula mengalir keluar,kenangan lama betul-betul menyakitkan. Aku menangis teresak-esak..Kini aku di IPTA ,segala tugasan yg perlu aku lakukan, aku biarkan saja. Aku mahu menangis semahu-mahunya.rinduku padanya semakin mendalam, namun apakah daya, aku hanya mampu merindui bayangannya. Padaku hanya bayangannya menjadi perhias mimpi- mimpiku pada malam hari.

Akhirnya aku terlelap sambil ditemani air mata yang telah lama ku tahan sambil diiringi lagu "Hapus Aku" dari kumpulan Nidji .

  ' Yakinkan aku tuhan
    Dia bukan miliku
    Biarkan waktu..waktu 
    Hapus aku...

    Sedarkan aku tuhan
    Dia bukan miliku
    Biar waktu-waktu
    Hapus aku'

            ****************************************************
Kesibukan kota metropolitan membuatkan aku benar-benar tertekan ditambah pula dengan bebanan kerja yang benar-benar membebankan...Aku kini bergelar 'Engineer'..wow .. tak sangka aku...ehhehehe

" Ringggggggg"..hello Mia, Cik Mia kena hadir site visit segera di tapak projek Mara Holding...segera! Aduyai..tak habis-habis site visit..bosan.. bosan.. mulutku mengomel-gomel sambil kakiku lantas menekan minyak..tertiba...deganggggggg!!! Aduhhhh.....sakitnya terasa seakan ada benda meengalir didahiku...alamakkkk darahhhhh!!!

"Tuk!Tuk!Tuk!...Cik,cik ok tak ? Dalam hatiku ok kepala hotak kau"...aduhhhh!!! Tiba-tiba hatiku tersentak..benarkah apa yg aku lihat ini Ya Allah!! aku tak pasti, siapakah gerangan pemuda yg berdiri tegak dihadapanku...tetapi yg pasti tahi lalat diatas bibir sebelah kanan benar-benar mengingatkan aku pada seseorang ...Ya seseorang yang telah lama menyepikan diri..hampir 10 tahun lamanya...

" Ehh...ini bukan ker Mia ? mataku terkebil-kebil mendengar pertanyaannya..masih ingat lagi pada diriku..,diriku tidak banyak berubah berbanding dirinya yang agak berisi, penampilan dan cara tuturnya..segalanya telah berubah mengikut peredaran masa..bertambah kacak & tampan...

"Hei...u..nie Hilmi lahhh..aku hanya terkedu-kedu...Ohhh Hilmi...betapa ku rindukan wajah ini,sekian lamaku mencari-cari namun tidak ku jumpai..hampir menitis air mataku..pertemuaan ini benar-benar menguatkan semangat hidupku..yang sekian lama tak bermaya dan kosong..

Sejak kemalangan & pertemuaan itu, kami saling bersms dan berjumpa..Pantang ada masa terluang kami sentiasa bersama..hatiku benar-benar berbunga-bunga...segala msgnya..sering ku baca berulang-ulang kali..kata-kata pujangga...'god nite u..muahhh.'..'kisses n hugs u my dear'...ohhh semua ayat2nya menjadikan aku gila bayang!!!

" U...pilihlah, baju raya untuk i"...ermmm...ini pun ok..cantik sulamnya...TQ dear..nanti raya nie kita pakai sedondon k..jom-jomm teman i makan Sushi..jom.. jommm..

Sebenarnya didalam hati, hatiku berdetik tak pandai makan Sushi sebenarnya...tercuit hati alangkah bahagianya jika kau dapat ku miliki Hilmi... sambil mataku asyik memerhati di kau menyediakan kelengkapan & order melalui skrin komputer..alamakkk..air dah habis...camner nie...lantasku ambil cawan dan cuba utk membuka pili paip disisi meja...aduyaiii..nape tak kuar plak air nie...iss..issshh...malunya..Tanpa kusedari kau ambil cawan dan menuangkan air utkku...betapa aku terasa benar-benar disayangi....

"Urmmm..terimalah hadiah birthday dari i nie...jam tangan..anggaplah ianya penganti diri i ok!! Setiap saat yg berdetik,bagaikan denyutan nadi i..dan kami beredar bersama titisan hujan yg berderai...Entah mengapa hatiku benar-benar sebak ,tidak ku sangka , rupa-rupanya inilah pertemuaan terakhirku..betapa hancurnya hati, hampir 10 tahun aku mencari dan menunggu...tetapi begini jadinya...

" U..i minta maaf, i xboleh , nak accept u !!!itulah kata-kata hikmat yg tentera dimsgku..betapa luluh dan peritnya kurasakan..tanpa aku sedari air mataku mengalir deras , sederas titisan hujan diluar..jiwaku kosong terasa hancur hidupku...Betapa mudahnya kau mempermainkan perasaanku... " Ya Allah, Ya Tuhanku berikanlah aku ketabahan & kekuatan untuk aku menghadapi ujianMu ini Ya Allah "!!! Biarlah..biarlah aku tanggung segalanya..jika itu yg kau pinta...yg pasti satu hari nanti jangan kau ambil miliku...anggaplah ianya  telah mati terkubur  disaat kau melafazkan kata-kata azimat itu...kerna tak bisa menerimanya...

" Hilmi, Kalau itu mampu membahagiakan dirimu, aku sanggup mengundurkan diri & mendoakan dirimu agar gembira selalu....Pergilah..Pergilahh Sayang!!! akan ku biarkan rindu ini berlalu seperti embun pagi...Dingin dan menyenangkan tapi , apabila datangnya sang mentari ianya hilang untk selamanya....

********************************************************************************
*" Mama"...ohhh mama...mengapa mama menangis"..."tak de apa sayang...mata mama masuk habuk"...andai kau tahu anakku sayang...kaulahh..bukti cinta mama yang tidak kesampaian...cukuplah kau pengubat rindu dan penganti diri dirinya ...akan ku jaga dan kubelai hingga ke akhir hayatku.....






Sunday, 22 May 2011

Novel : Jika itu TakdirNya Part 1

*HASIL KARYA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA.TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG SUDAH MATI.JIKA TERDAPAT PERSAMAAN HANYALAH KEBETULAN SAHAJA.*



Cinta itu suci tapi itu yg orang kata..cinta itu indah itu orang juga kata..adulai adoi..mengapa ini semua terjadi kat aku.Kalaulah boleh ku padam memori tentang sebuah kisah cinta miliku ini, telah lama ku buat begitu tapi itu 'kalau'.Bukan aku nak sangat kenang tapi otak aku nie..asyik sangat fikir sangat benda nie,tak faham.tak faham isk...Tertiba aku teringat kembali kenangan diwaktu sekolah menengahku..

Jalan-jalan cari pasal..time cikgu tak masuk...usha2 si budak laki .memang hobi aku.poyos...kihkhhh..walaupun aku duk dikelas yg pertama kiranya budak 'Best Student arrr'..but aku jenis yg suka noty2..sapa tak kenal aku..ahahha..time org duk study aku dok merayau..but time periksa ok plak result aku..kiranya 1-10 tue mmg no aku lah..pernah sekali aku dapat no.2 dlm kelas kira oraitlah tue..huhuuhu

Kaki melangkah mata melilau fikiran melayang entah kemana akibatnya..jeng jeng..Bukkk!!sekali terlanggar pasu bunga daa..bodohnya aku..apasal plak aku leh tak nampak bende alah nie..fikiran n mata aku tidak tertumpu pada lutut aku yg berdarah tetapi pada si mamat hensem yg baru lapor diri masuk ke sekolah...Fuyooo...hensemnyer budak tueee..pehhhh sekali aku dapat memg habis arr ko...owhh kacaknyer dia..adakah dia putera kayangan ??bermimpikah aku ini?benarkah atau adakah sekadar anganan jiwaku yang separa mengong nie???

Ringgg...alamak masuk kelas..cepat...kalo tak tak pasal2 aku kena leter ngan Cikgu Iqbal tue..mulut boleh tahan kalah si mulut murai...ermmm...'Assalamualaikumm cikgu'...ucap kengkawan aku...aku hanya mengikut ucapan kawanku..tertapi mataku tertumpu dekat sibudak yg masuk bersama cikgu...Alamakkkk...budak tadi..wahhh...hati aku mula2 berbunga2 riang...Perkenalkan ada pelajar baru namanya  hilmi..wahhh...hilmi rupanyer...ermm...muka nampak hensem..berbadan kecil...tapi part rambut tue yg aku suka sentiasa tersusun rapi..ada plak tahi lalat tang tuee,..wow..kacak2....eeee...gatainyer aku nie...

'Woit' tutup skit mulut lopong ko tue..takut aku tgk..ujar lia.." syhh"..jgn cakap kuat2 bisik aku...nanti ada orang dengar ..hishhh..mulut takde insuran betoi..laju jer cakap ikut suka.Aci lepas jer..apa daaa...

Ringgg...jam loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah tiba...eheheh..nie peluang aku nie nk kenal nie...
nak wat camner yer???kepala otak aku berfikir ligat mencari point utk bercakap..camner yer..camner??ermm...yessss dapat idea..lantas ku ambil buku catitan...utk kutip duit kelas...peluang nie peluang nie..aku buat2 minta pada budak kelas..'Woit syukkk...bayar duit kelas lahh...RM 1.00 mg nie ko tak bayar lagi'..aku buat2 minta duit pada kawan aku..sambil tue mataku tertumpu padanya..yess..line clear nie...'Awak.saya nk minta duit kelas nie'..rM 1.00 jer..bolehh??waduh2...cam tak caya plak..kata2 lembut kuar dr mulut aku..manisnyerrr..tuhan sahaja yg tahu.hehheh..mana taknyerr...dahlahh si mamat tue pendiam orgnyerr...asyik duk kat kerusi jerr...yerlahh civik sangat aku tgk...taulahhh kepala otak cerdik...

" Hi.Hilmi, nama saya Mia Maisara,hehehee..awak nak bayar duit kelas ker? Hatiku berbunga -bunga, bukan kerna ikhlas sebab nak minta duit kelas, kerna senyuman dari Hilmi yang mampu memukau mana-mana girl yang menerima senyumannya...ahhaha..huahauaa.

Hari demi hari,bulan bersilih bulan,hubunganku semakin erat dengannya..didalam hati hanya tuhan saja yang tahu,walaupun kau tak tahu bahawa aku benar-benar sayangkan dirimu..sehinggakan saat dikau tinggalkan diasrama,aku turut tinggal diasrama..Tujuannya hanya satu " Yerlahhh sekondeng kau Hilmi"biarpun masa sembahyang jemaah didataran..ditambah pula blok Asrama Lelaki dilereng bukit,jadi dari Blok Asrama Perempuan aku sudah nampak kelibat kau...ahhahah

Sehinggalah disatu hari penentu...hatiku benar-benar sayu dan pilu ..sudah pasti dirimu akan mendapat tawaran yang bagus.Ermmm..benar kata-kata dan firasatku,dikau berjaya memasuki MRSM..Tahniah dariku Hilmi ..Walaupun dilubuk hati,menanggis semahu-mahunya...Pergilahh sayang ..pergilah demi masa depanmu...aku akan tunggu kepulanganmu dan kembali ke sisiku...sob sob sob

Hati mana tak luluh..jiwa mana tak kacau..hari-hari yang berlalu disekolah begitu membosankan.Walaupun begitu kami masih berhubung melalui surat ...yang sentiasa ku tunggu tiap saat dan waktu...Hanya potret & warkah darimu menjadi penemanku dikala sunyi dan dikala rindu bertandang..Sudah sekian lama warkah ku tunggu - tunggu tidak kunjung tiba...Sudah lupakah pada diriku ini????


*bersambung di part 2*



Langkah-langkah Syaitan Menelanjangi Wanita


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. 




Berikut adalah cara bertahap: 

1. Menghilangkan Definisi Hijab 

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. 

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap 
dipertahankan. 

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya? 

Pertama, Membuka Bahagian Tangan 

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan? 


Kedua, Membuka Leher dan Dada 

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. 

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya. 


Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang 

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. 

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang). 

Keempat, Agak di Buka Sedikit 

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya. 

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya. 


2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit 

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya. 

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit 

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak 
longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab." 

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang. 

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis 

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis." 

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi. 

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis 

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman 
dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya." 

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di 
rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." 

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita. 

3. Serba Mini 

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, 
dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan 
indah." 

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. 
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia. 

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus 
ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita." 

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko. 

Penutup 

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat. 


Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-
Thursyah" 

Hadith mengenai Aurat perempuan

Daripada Asma' binti U'mais ra, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri baginda Saw),dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan Aisyah) , Asma' binti Abu Bakar.Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain).Apabila Rasulullah Saw melihat keadaan Asma' sedemikian,lantas Rasulullah Saw bangun dan keluar dengan cepat.Apabila Aisyah melihat Rasulullah Saw keluar dengan cepat,maka dia berkata kepada kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah Saw ) : ”Beredarlah,sesungguhnya Rasulullah Saw telah melihat perkara yang tidak disenanginya." Setelah Asma' beredar,maka Rasulullah Saw datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah.Maka Aisyah terus bertanya,mengapa baginda bangun dan terus keluar?Maka jawab baginda Saw : ADAKAH KAU TIDAK MELIHAT KEADAANYA (IAITU KEADAAN ASMA' BERPAKAIAN) ?SESUNGGUHNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH ITU TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN SESUATU DARI TUBUH BADANNYA MELAINKAN INI DAN INI (RASULULLAH SAW MENUNJUKKAN PERGELANGAN TANGANNYA DAN MENGGENGGAMNYA DAN JUGA RASULULLAH SAW MENEKAPKAN KEDUA TANGANNYA KE PIPINYA UNTUK MENUNJUKKAN MUKA SAHAJA).


Hadith ini ada dinyatakan oleh Al-Imam At-Tabrani di dalam kitabnya Al-Mu'jam Al-Kabir dan Al-Mu'jam Al-Ausat - (Kitab Hadith)

Hadith ini juga ada dinyatakan oleh Al-Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya As-Sunan Al-Kubra - .(Kitab Hadith)

Hadith ini juga dinyatakan oleh As-Syeikh Nasiruddin Al-Albani di dalam kitabnya Jilbab Al-Marah Al-Muslimah. - (Kitab tentang pakaian muslimat)


Secara kesimpulannya hadith ini adalah hasan sebagai mana yang dinyatakan oleh As-Syeikh Nasiruddin Al-Albani.

Penjelasan

Daripada hadith ini,menunjukkan bahawa apa yang boleh diperlihatkan oleh seseorang perempuan muslimah dari tubuh badannya,adalah kedua belah tapak tangannya dan mukanya sahaja.Maka selain daripada itu,maka haram di perlihatkan.Ini jelas daripada apa yang Rasulullah Saw jelaskan sambil menggenggam pergelangan tangannya untuk menunjukkan paras@takat yang boleh dilihat pada bahagian tangan,dan Rasulullah Saw menekapkan tangan ke pipinya untuk menjelaskan bahawa dari bahagian kepala hanya muka yang boleh diperlihatkan…Maka selain itu,wajib ditutup…

Maksud tutup disini,adalah dilarang untuk memperlihatkan bentuknya,rupanya dan warnanya.Kalau pakaian tu menutupi tapi ketat,tak dikira tutup aurat sebab nampak bentuk.Kalau nipis,dan nampak terbayang-bayang tak dikira tutup aurat.Seperti ramai pada hari ini,wanita-wanita yang pakai tudung tapi nipis,hingga nampak bayangan leher dan rambut.Ini juga tidak menutup tidak aurat.Ini kerana tujuan pakai tudung,adalah untuk tutup keseluruhan aurat.

Secara umumnya para ulamak meletakkan syarat-syarat pakaian untuk muslimat adalah seperti berikut :

1) Mesti menutupi seluruh badannya kecuali apa yang dibenarkan untuk diperlihatkan iaitu wajah dan tapak tangan.

2) Pakaian itu janganlah terlampau berhias-berhias,hingga menarik perhatian.

3) Mestilah tebal yang tidak nipis,hingga boleh menampakkan warna kulitnya.

4) Mestilah agak besar dan tidak ketat hingga menampakkan bentuk badannya.

5) Pakaian itu sendiri tidak terlalu wangi hingga menarik perhatian orang.Manakala wangi sekadar untuk menutup bau busuk,tidak mengapa,seperti bau sabun basuh yang tidak melampau.

6) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki,jika orang pandang sahaja,itu pakaian lelaki maka haram memakainya.

7) Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir

8) Pakaian itu tidak pelik,hingga lain daripada yang lain.Hingga orang pandang pun pelik.

Wallahu'alam....