Pages

KeCintAAn KpD ALLAH meLingKuPi hati,KeCinTaaN inI MembimbIng HaTi Dan BahKan MenaMbaH Ke seGaLa HaL

kupu-kupu

Photobucket
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, 2 June 2011

PEMERHATI SUNYI


Dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan. Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian. Putaran kehidupan, pasti meletihkan. Ditambah pula kadangkala oleh sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. Ketika itu segalanya hambar dan tawar.
Jika itu yang sedang terjadi pada diri kita kini, jangan dibiarkan berlarutan. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan sendiri. Kita tidak mampu mengubah apa yang di luar diri tetapi kita boleh mengubah diri. Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana? Apalagi kalau bukan dengan solat dan zikir. Siti Fatimah yang mengadu keletihan dalam menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar yang diberikan oleh ayahandanya Rasulullah saw.
Pemikiran Siti Fatimah dilapangkan dengan didikan untuk mencintai akhirat melebihi dunia. Lalu dengan ’tauhidic mindset’ itulah terasa olehnya betapa kecilnya penderitaan dunia berbanding penderitaan akhirat. Justeru, dia rela menerima kesusahan dunia yang sedikit dan sementara demi mengenangkan nikmat akhirat yang lebih baik dan selama-lamanya. Emosinya jadi tenteram ketika kesepian, oleh rasa hatinya yang sentiasa merasai ada Allah yang sentiasa memerhatikannya. Begitulah perasaan orang yang hampir dengan Allah. Imam Ghazali pernah menulikan, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”  
Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk)  akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.
Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang di depan mata dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang  baru. Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. Orang lama ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.
Lalu wujudlah apa yang dinamakan ‘teman tapi mesra’. Suami orang dan isteri orang berhubung dengan mesra. Ini hakikatnya satu lagi ‘produk’ hubungan mungkar tajaan syaitan untuk menipu manusia. Kononnya, keduanya tetap menjaga perkahwinan masing-masing, tetapi mereka akan bersahabat dengan bertemu, bermesra, berbual dan saling meluah rasa tanpa pengetahuan pasangan mereka. Teman tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina. Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.
Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa siisteri, apabila diketahuinya ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat persaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka. Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan ‘teman tapi mesra’? Apakah  kerana aku sudah jadi ‘suami tapi tidak mesra’ atau ‘isteri tanpa cinta?”
Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya sungguh baik. Bila bersama temannya dialah lelaki paling romnatis atau wanita yang paling beradab. Padahal dengan suami atau isteri di rumah, tutur katanya kasar, sapanya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan air mukanya yang masam dan bungkam. Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak manakala merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah dirampas lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!
Itu kisah suami atau isteri yang berkerja di luar, samada di pejabta kerajaan atau di badan-badan swasta. Mereka punya alasan, ruang dan peluang untuk selingkuh di luar. Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah? Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan era ICT ini segalanya berada di hujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih melalui satu ‘clik’ sahaja pada papan kekunci atau tetikus komputer. Celik IT tetapi buta hati telah menyebabkan lebuh raya siber menjadi medan menjana cinta kayu tiga yang penuh dosa dan laga’ (sia-sia) ini.
Kaldai cinta. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seorang yang bercinta secara membabi-buta. Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, kaldai cinta ini memberi cinta sepenuh dan seluruhnya. Dan akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah, akhlak dan semua orang yang menyayanginya rela dikorban. Bayangkan, berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial dalam internet, samada lewat facebook, twiter atau YM, namun akhirnya menumbuhkan bibit cinta di alam maya dan komitmen yang nyata dalam alam realiti.
Bayangkan bagaimana teganya seorang isteri yang sudah punya beberapa orang anak dan seorang suami rela mengabaikan tanggung jawabnya kerana cintanya yang mendalam kepada seorang lelaki seberang laut yang kononnya sangat memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati. Manakala seorang gadis pula rela meninggalkan ibu-bapa yang menyayanginya kerana mengikut kata kekasih hatinya yang bermata biru atau  yang berkulit hitam. Atau ada pula suami yang sanggup berjaga malam, berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan ‘kekasih’ maya.
Mula-mulanya hanya  berkenalan, kemudian berbual-bual dan akhirnya mula meluahkan masalah hidup masing-masing. Anda mungkin tidak percaya tetapi kenyataanya perkara yang seumpama ini memang sering berlaku. Alasan ‘kaldai cinta’ ini ringkas dan mudah sahaja – “saya kesepian, “suami tidak pandai  melayan perasaan”, “isteri tidak pandai berhias.” Begitulah yang kerap kita dengar. Hairan juga, mereka ini bukan baru sehari dua duduk sebumbung, sudah bertahaun-tahun, sudah beranak pinak, tetapi seolah-olah baru saat itu ternampak segala keaiban dan kecacatan pasangan.
Ironinya, pada diri kekasih mayanya semua nampak sempurna. Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak bunga, diberikan potret gambar (yang tidak dapat dipastikan adakah itu gambar sebenarnya), siisteri yang kesepian itupun cair. Lalu berbalas-balaslah kata cinta dan ayat-ayat ‘ I love you”, “I trust you” dan sebagainya. Waktu dinihari yang sepatutnya siisteri bangun solat tahajud mendoakan anak-anak dan suami telah digunakan secara curi-curi untuk berbual dengan kekasih hati.
Orang di sebelah sana, penuh rencana licik dan strategik. Perlahan-lahan, tahap demi tahap dia menjanjikan habuan. Bermula dengan hadiah, ingin datang melawat, ada wang hadiah yang akan dimasukkan dalam akaun bank kekasih, sehinggalah jemputan datang ke negaranya untuk memulakan hidup baru atau sekadar bercuti dalam jangkamasa tertentu. Mendengar segala janji manis itu apalagi… kaldai cinta inipun melonjak kegembiraan, tidak sedar perangkap sedang menganga untuk menelannya.
Sungguh tragis, apabila kaldai cinta itu akhirnya bertukar menjadi kaldai dadah. Mereka ditipu oleh kekasih mayanya untuk membawa dadah sama masuk ke dalam negara atau keluar negara. Daripada kesepian di rumah sendiri akhirnya mereka menjadi lebih kesepian apabila menjadi penghuni penjara. Ada pula yang maruahnya tergadai, bila mereka dinodai dan gambar-gambar yang mengaibkan itu akhirnya dijadikan bahan ugutan untuk mereka menurut kehendak sendikit dadah bertaraf antarabangsa ini. Cinta yang didamba tidak ditemui, kecelakaan dan bahana baru pula yang dtang menimpa.
Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. Kesepian, kelesuan dan kejemuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hasan Al Banna. Jadi, mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua ‘musuh’ yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa.
Sepatutnya, masa yang terluang digunakan untuk bermacam-macam kegiatan yang bermanfaat. Ramai isteri yang meluangkan masa untuk mempelajari serta mendalami lagi kefasihan membaca Al Quran. Ada yang guat dengan aktiviti-aktiviti pengajian. Manakala sebahagiannya pula sibuk dengan program-program kebajikan. Isteri yang solehah dan suami yang soleh soleh sedang sibuk menyediakan bekalan untuk menempuh jalan pulang, tapi dia pula sibuk mengumpul beban dosa seolah-olah tidak mahu pulang!
Alangkah sia-sianya hidup jika masa banyak dibazirkan melayani dan melayari laman sosial secara marathon ditambah pula aktiviti mungkar memadu cinta dengan lelaki bukan mahram? Alangkah bodohnya isteri atau suami yang bangun di tengah malam, mencuri-curi berbual dengan kekasih mayanya sedangkan ada isteri solehah dan suami yang soleh sedang bermunajat kepada Allah memohon keselamatan seluruh ahli keluarganya dari malapetaka dunia dan akhirat? Sah, dialah kaldai cinta yang tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil. Di mana wajah kita hendak dihadapkan di hadapan Allah di akhirat nanti ketika kita menderhakai suami dan menentang Allah serta RasulNya hanya kerana cinta murahan, khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata?
Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang menegakkannya dalam kehidupan. Menegakkan hukum Allah di dalam rumah tangga akan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Manakala melanggarnya akan mendatangkan kesusahan, penderitaan dan kekacauan jiwa.  Teman tapi mesra dan memiliki kekasih maya adalah dua penyakit jiwa yang sedang melanda rumah tangga umat Islam kini.
Puncanya? Mudah sahaja… jiwa kosong, tujuan hidup tidak jelas. Bagi mereka semua tidak kena. Suami pendiam dikatakan tidak romantik. Isteri peramah dikatakan penyebok. Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong. Benarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Maka begitulah nasib kaldai cinta ini… hidupnya serba tidak kena, serba keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk dituju!

Sedikit Cahaya untuk Muslimah


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

wahai saudariku... 
Salam penuh kerinduan buat sahabat muslimat yang kusayangi, harap kalian semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Al-Khaliq, dipermudahkan di dalam segala urusan dan dijauhkan daripada azab api neraka ... amin ...
 
Saudariku,
andai kau bersedih kerana dosa-dosamu, ketahuilah bahwa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat. 

Jadikan semua itu sebagai jambatan utk kau menjadi lebih baik dari sebelumnya bukan semakin lemah!.Marilah,hulurkan tanganmu bersamaku untuk kita mengejar cinta Rabb..sungguh! aku tak mau kamu sendirian menyesali dosa-dosa dan mencari jln menuju cahaya sendirian seperti aku dahulu yang pernah ditinggalkan ..  terkapai2 mengutip sisa semangat yg hilang. Krna aku bimbang,kamu tak kuat..krn perubahan itu membutuhkan bimbingan dan dorongan. 
 
Dan Jika kesedihan bertandang, perihatinlah dengan orang yang lemah,kamu akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, kamu akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, kamu akan dihargai. Sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menantimu.Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikuniakan kepada kamu. Ingatlah bahwa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia bisa mendapat segala keinginannya. Ingat saudariku..jgn letakkan dunia di hatimu tetapi letakkanlah ia ditanganmu supaya mudah kau mengawalnya.

Renungkanlah..
Renungkan
wahai saudariku, adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya kamu bersedih?. Berdoalah supaya memperoleh ketenangan dan pemeliharaan.Yakinlah..kamu sebenarnya cukup hebat..hebat jika meninggalkan kesedihan itu dan menggantikannya dgn semangat tuk merubah diri yg jitu dan mantap. Jika dulu dizalimi.. siramilah api kebencian kamu dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepadamu. Ketahuilah, setiap perbuatan akan ada balasannya dari RabbMu,trus mengapa kita yg ingin menghukum?..serahkan semuanya kepada Dia untuk membalasnya. Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya,jangan peduli setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.

Untuk akhirnya, ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersamamu, jadi tidak ada alasan untukmu merasa takut. Tetapi jika kamu memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat  bergantung harap. Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya kamu lebih indah dibanding jambangan bunga.

-Ingatlah
bahwa mencari bahagia itu tidak ubah spt menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tidak terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar lebih dahulu ...




Sunday, 22 May 2011

Langkah-langkah Syaitan Menelanjangi Wanita


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. 




Berikut adalah cara bertahap: 

1. Menghilangkan Definisi Hijab 

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. 

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap 
dipertahankan. 

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya? 

Pertama, Membuka Bahagian Tangan 

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan? 


Kedua, Membuka Leher dan Dada 

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. 

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya. 


Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang 

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. 

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang). 

Keempat, Agak di Buka Sedikit 

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya. 

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya. 


2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit 

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya. 

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit 

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak 
longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab." 

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang. 

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis 

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis." 

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi. 

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis 

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman 
dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya." 

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di 
rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." 

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita. 

3. Serba Mini 

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, 
dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan 
indah." 

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. 
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia. 

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus 
ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita." 

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko. 

Penutup 

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat. 


Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-
Thursyah" 

Hadith mengenai Aurat perempuan

Daripada Asma' binti U'mais ra, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri baginda Saw),dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan Aisyah) , Asma' binti Abu Bakar.Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain).Apabila Rasulullah Saw melihat keadaan Asma' sedemikian,lantas Rasulullah Saw bangun dan keluar dengan cepat.Apabila Aisyah melihat Rasulullah Saw keluar dengan cepat,maka dia berkata kepada kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah Saw ) : ”Beredarlah,sesungguhnya Rasulullah Saw telah melihat perkara yang tidak disenanginya." Setelah Asma' beredar,maka Rasulullah Saw datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah.Maka Aisyah terus bertanya,mengapa baginda bangun dan terus keluar?Maka jawab baginda Saw : ADAKAH KAU TIDAK MELIHAT KEADAANYA (IAITU KEADAAN ASMA' BERPAKAIAN) ?SESUNGGUHNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH ITU TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN SESUATU DARI TUBUH BADANNYA MELAINKAN INI DAN INI (RASULULLAH SAW MENUNJUKKAN PERGELANGAN TANGANNYA DAN MENGGENGGAMNYA DAN JUGA RASULULLAH SAW MENEKAPKAN KEDUA TANGANNYA KE PIPINYA UNTUK MENUNJUKKAN MUKA SAHAJA).


Hadith ini ada dinyatakan oleh Al-Imam At-Tabrani di dalam kitabnya Al-Mu'jam Al-Kabir dan Al-Mu'jam Al-Ausat - (Kitab Hadith)

Hadith ini juga ada dinyatakan oleh Al-Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya As-Sunan Al-Kubra - .(Kitab Hadith)

Hadith ini juga dinyatakan oleh As-Syeikh Nasiruddin Al-Albani di dalam kitabnya Jilbab Al-Marah Al-Muslimah. - (Kitab tentang pakaian muslimat)


Secara kesimpulannya hadith ini adalah hasan sebagai mana yang dinyatakan oleh As-Syeikh Nasiruddin Al-Albani.

Penjelasan

Daripada hadith ini,menunjukkan bahawa apa yang boleh diperlihatkan oleh seseorang perempuan muslimah dari tubuh badannya,adalah kedua belah tapak tangannya dan mukanya sahaja.Maka selain daripada itu,maka haram di perlihatkan.Ini jelas daripada apa yang Rasulullah Saw jelaskan sambil menggenggam pergelangan tangannya untuk menunjukkan paras@takat yang boleh dilihat pada bahagian tangan,dan Rasulullah Saw menekapkan tangan ke pipinya untuk menjelaskan bahawa dari bahagian kepala hanya muka yang boleh diperlihatkan…Maka selain itu,wajib ditutup…

Maksud tutup disini,adalah dilarang untuk memperlihatkan bentuknya,rupanya dan warnanya.Kalau pakaian tu menutupi tapi ketat,tak dikira tutup aurat sebab nampak bentuk.Kalau nipis,dan nampak terbayang-bayang tak dikira tutup aurat.Seperti ramai pada hari ini,wanita-wanita yang pakai tudung tapi nipis,hingga nampak bayangan leher dan rambut.Ini juga tidak menutup tidak aurat.Ini kerana tujuan pakai tudung,adalah untuk tutup keseluruhan aurat.

Secara umumnya para ulamak meletakkan syarat-syarat pakaian untuk muslimat adalah seperti berikut :

1) Mesti menutupi seluruh badannya kecuali apa yang dibenarkan untuk diperlihatkan iaitu wajah dan tapak tangan.

2) Pakaian itu janganlah terlampau berhias-berhias,hingga menarik perhatian.

3) Mestilah tebal yang tidak nipis,hingga boleh menampakkan warna kulitnya.

4) Mestilah agak besar dan tidak ketat hingga menampakkan bentuk badannya.

5) Pakaian itu sendiri tidak terlalu wangi hingga menarik perhatian orang.Manakala wangi sekadar untuk menutup bau busuk,tidak mengapa,seperti bau sabun basuh yang tidak melampau.

6) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki,jika orang pandang sahaja,itu pakaian lelaki maka haram memakainya.

7) Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir

8) Pakaian itu tidak pelik,hingga lain daripada yang lain.Hingga orang pandang pun pelik.

Wallahu'alam....



Saturday, 7 May 2011

Secalit Dosa


Ketika kita sedang membaca tulisan ini,apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini ? dalam masa sesaat,seminit,sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa - dosa pun terpalit di hati?

Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa , dari sekecil2 hinggalah sebesar-besarnya . Ya setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa,sebaik2nya orang yang berdosa ialah perlu bertaubat !

Sehebatmana maksiat yg kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita merenung dan b'muhasabah pendiriaan.sepuasmana hati itu merasa dgn dosa yg kita lakukan, pasti ada tersudut prasaan benci,myesal yg t'amat sgt atas apa yg kita lakukan.Itulah fitrah yg tlh Allah ciptakan dlm diri kita.Bukannya tidak kesal,tapi kita selalu menolak rasa p'yesalan & masih terus,memenangkan kemaksiatan..

Kita ingin b'taubat dgn sebenar2nya ,namun p'rasaan ingin b'taubat itu t'sisih di pinggiran hati. Pun begitu, Allah m'mahami kita lebih drp mhami diri sendiri. Allah itu tlalu besar pengampunannya buat hamba2Nya. Namun , kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita lebih besar drp rahmat Allah & tidak mungkin terampun, sombong tidak mahu kembali kpd Allah.

Lalu kita b'putus asa drp memohon k'ampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri,dipalingkan oleh syaitan dan dikuasai oleh ego yg tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendiriaan. " Aku, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku kembali ke jalan yg lurus, ".seolah2 kita itu lemah atau patut dikasihi, namun sebenarnya kita sombong & angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita? Lalu kita terus mengikut dosa dgn dosa, sedangkan Rasullah berpesan ;-

" Bertakwalah kamu kpd Allah dimana shj kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dgn kebaikan,nescaya kbaikan itu akan mhapuskan ksalahan tsebut dan pgaulilah manusia dgn akhlak yg baik," ( Ar Tirmidzi)

Jelas bhw seorang hamba itu tidak dpt lari drp tgelincir ke lembah maksiat dan dosa,namun dia juga sentiasa dialukan2 oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasa bahawa kitalah yg paling berdosa dan terlalu besar maksiat yg kita lakukan...

Thursday, 5 May 2011

Solat Sunat Taubat Nasuha



Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalahmakruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

Saturday, 23 April 2011

~KeiStimEwaaN WaniTa~

        
                         " SeKadar ReNunGan ,
                       Buat insan yang bergelar Wanita,
                       Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita,
                       Betapa bertuahnya menjadi wanita, 
                       Bersyukurlah kerna menjadi wanita."


Ini adalah serba sedikit yg aku ingat dan menjadi satu pegangan..aku cuba untuk menjadi dan mengikutinya..biaserlah kadangkala manusia nie tak semuanya sempurnakan...diantaranya ialah:-

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki.sabda Rasullah:" Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa org yg penyayang tidak akan sia-sia.

2. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu .jika pada hari pertama haidnya dia membaca "alhamdulillahi'alaa kulli halin wa astaghfirullah ( segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa),maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa.bahkan Allah Swt akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya..

3. 2 rakaat solat seorang yg hamil adalah lebih baik drp 80 rakaat solat seorang wanita yg tidak hamil.

4. Wanita yg hamil akan mendapat pahala pada siang hari.

5.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

6. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia didalam tempoh 40 hari selepas bersalin daia akan dikira sebagai mati syahid.

7. Seorang wanita yg menyapu lantai dengan berzikir kpd Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

8. Apabila dua org ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

9. Apabila seorg wanita mgerjakan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari mana saja yg dikehendaki.

10.Seorang wanita yg menghiburkan hati anaknya , maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

  ' Dalam Kelembutanmu,
    Ketegasanmu tak tergugah,
    Dalam penuh rasa malumu,
    Suaramu menggegar dunia,
    Disebalik halus jari jemarimu,
    Tergenggam utuh janji setia.

    Wahai bidadari syurga...
    Kau Tambat hati pada yang Esa. '